Latihan Dalaman Staf Pusat Internet SD Q4 2019

9 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 08 November 2019, Sprintz Designs Sdn Bhd telah mengadakan Latihan Dalaman untuk Pengurus dan Pen. Pengurus Pusat internet Putrajaya dan Linggi bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Presint 16, Putrajaya. Latihan ini telah dihadiri oleh 8 staf pengurus dan penolong pengurus dari PI Presint 9 Fasa 3, PI Presint 9 Fasa 10, PI Presint 16, PI Presint 18 dan PI Linggi.

Latihan ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 5:00 Petang. Antara pengisisan sepanjang latihan adalah berkisarkan keusahawanan 2, dari cetusan idea perniagaan dan kembangkannya, juga diterapkan dengan konsep 4P’s dalam pemasaran (Place, Price, Product & Promotion). Latihan keusahawanan ini telah disampaikan oleh Encik Abu Hassan Ibrahim dari Yes Academy.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas